ANUGERAH GURU INSPIRASI McDONALD'S 2019

Image result for anugerah guru inspirasi mcdonald 2019

Tahukah kalian, tahun lepas seramai 3000 orang guru Malaysia dicalonkan untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2018 dan 25 daripada mereka dipilih untuk memenangi anugerah berprestij ini?

Tahun ini Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 kembali lagi. Kalian sudah boleh mencalonkan guru-guru kegemaran kalian/kegemaran anak-anak kalian di sesawang www.mcdonalds.com.my ya.

Pemenang akan menerima RM5000 dan pencalon pula akan menerima baucer hadiah McDonald’s bernilai RM200.

Antara kriteria bagi pemilihan pemenang termasuklah usaha meningkatkan pencapaian pelajar, teknik pengajaran yang inovatif, tindakan melebihi tugas-tugas hakiki untuk membantu pelajar dan juga impak positif guru terhadap diri pelajar.

Pemilihan pemenang akan dibuat dengan teliti oleh panel juri yang terdiri daripada wakil-wakil dari McDonald’s, Kementerian Pendidikan Malaysia dan media.

Tarikh pencalonan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 ini bermula 1 MAC 2019 dan akan berakhir pada 31 MAC 2019. Jadi bertindak segera ya!

Layari https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/nominate untuk mencalonkan guru-guru yang memberi inspirasi pada anda dan anak-anak anda sekarang juga!

Semoga dengan pengiktirafan ini, guru-guru di seluruh Malaysia lebih bersemangat dan profesion pendidikan kembali dijulang.

Hebahkan hal ini kepada kawan-kawan yang lain juga agar mereka dapat mencalonkan guru-guru yang berjasa kepada mereka/anak-anak mereka.

Sesungguhnya jasa seorang guru itu tidak terhitung banyaknya. Gembirakan mereka dengan mencalonkan mereka untuk anugerah berprestij ini.

Terima kasih McDonald’s Malaysia kerana memberi penghormatan kepada guru-guru seluruh Malaysia.
ANUGERAH GURU INSPIRASI McDONALD'S 2019 ANUGERAH GURU INSPIRASI McDONALD'S 2019 Reviewed by weblepak on 19:39 Rating: 5

No comments