Kenapa tak perlu beli mainan yang banyak untuk anak-anak

Ramai ibu bapa percaya yang anak-anak akan lebih kreatif jika kita biarkan lambakan mainan bersepah dalam rumah. Kononnya mereka ada terbaca ada kajian mengatakan yang anak yang sepahkan mainan adalah anak yang kreatif. Sumbernya Facebook. Aku amat tidak setuju dengan pandangan ini. Di dunia siber ini, semua orang boleh jadi pakar dengan bersumberkan kemahiran menulis dan memanipulasi ayat yang tinggi. Bila seorang mengarang dengan begitu hebat sekali. Ada di antara kita terus percaya mereka ini benar dan terus kongsikan kepada yang lain.

Hasilnya, mereka percaya mainan yang berlambak ini dapat mengembangkan kreativiti anak-anak. Untuk kali ini, aku ingin kongsikan pendapat pakar dan juga sains yang amat berlainan dengan tanggapan korang. Kajian mereka menunjukkan bahawa kurangnya beli mainan anak dapat memberi lebih manfaat kepada mereka.
Di sini aku kongsikan 9 sebab kenapa anda tak perlu melambakkan anak anda dengan mainan
cara pilih mainan bayi mengikut usia

9 PERKARA ANAK DAPAT BELAJAR BILA ADA KURANG MAINAN
Berikut adalah 9 sebab dari segi sains dan psikologi mengapa kita tak perlu beli mainan anak setiap kali ke kedai.

1. ANAK BELAJAR JADI LEBIH KREATIF

Untuk membuktikan teori ini, sebuah taska di Jerman telah membuat sebuah eksperimen dengan ‘mengharamkan’ sebarang bentuk mainan di dalam kelas tersebut. Kelas tersebut hanya mempunyai meja, kerusi, dan alas kain.
Projek 3 bulan yang dikenali sebagai “Der Spielzeugfreie Kindergarten” ini telah menarik perhatian ramai pihak. Pada awalnya, anak-anak kecil tersebut kelihatan bosan dan tidak tahu apa yang perlu dibuat.
Namun, hari demi hari mereka mula berkenalan antara satu sama lain, memanjat kerusi, melompat dengan riang dan bermain bersama menggunakan imaginasi masing-masing – seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah ini.

2. DAYA TUMPUAN YANG LEBIH TINGGI

Sebuah kajian yang dilaporkan melalui The Guardian mendapati bahawa terlalu banyak permainan akan menyebabkan anak-anak susah menumpukan perhatian untuk belajar mengenainya satu-persatu. Ini kerana anak-anak akan berpeluang untuk memainkannya dengan pelbagai cara.
Namun, mereka akan cepat beralih kepada permainan yang lain jika terdapat lambakan permainan di sekeliling mereka.
Hasilnya, mereka kurang daya tumpuan, mudah bosan dan tidak mahu mencuba cara lain apabila permainan tersebut tidak dapat dimainkan mengikut kehendak mereka.
permainan pintar lego anak

3. MAHIR BERSOSIAL

Memetik daripada sebuah artikel, terdapat sebuah ayat: “One childhood friend is more beneficial than a box of toys.”
Hal ini memang ada benarnya. Jika anda memperkenalkan anak-anak dengan seorang kawan yang lebih kurang sebayanya, mereka boleh bermain bersama hingga ke malam, walaupun tanpa sebarang permainan.
Melalui komunikasi, mereka akan belajar menghormati pendapat, melontarkan idea, melahirkan rasa simpati, dan saling mempercayai. Ini dapat menjadikan anak lebih konfiden terhadap diri sendiri.
superhero anak kecil

4. ANAK AKAN LEBIH MENGHARGAI

Sesuatu yang jarang dan susah untuk didapatkan, tentu akan dijaga sebaik mungkin.
Dengan mengehadkan permainan yang mereka miliki, mereka akan belajar untuk memilih permainan yang betul-betul diminati dan akan menjaganya dengan baik. Kalau rosak pun, mereka akan cuba sedaya-upaya untuk memperbaikinya!
Permainan Kanak Kanak

5.  MENANAM MINAT MENEROKA DAN MENCIPTA HASIL SENI

Tanpa permainan, anak-anak biasanya akan melakukan aktiviti sampingan yang amat bermanfaat.
Antaranya termasuklah membaca buku cerita, mereka permainan, dan mencipta hasil seni.
eksperimen

6. LEBIH BIJAK MENGGUNAKAN APA YANG ADA

Apabila kita dihadkan dengan sesuatu sumber, secara automatiknya otak kita akan lebih ligat berfikir untuk mencari penggantinya.
Perkara ini akan menstimulasikan otak anak untuk berfikir di luar kotak dan menciptanya sendiri di ruang imaginasi mereka. Malah, jika diberi motivasi, tidak mustahil anak-anak ini berpotensi merealisasikan impian mereka dengan merekabentuk prototaip sendiri.
Menarik, bukan?
ajar anak kenal warna

7. ANAK-ANAK KURANG BERGADUH

Kita berfikiran bahawa jika setiap anak diberi mainan masing-masing, mereka akan kurang bergaduh. Malangnya, bukan itu yang berlaku.
Sebuah laman web, Becoming Minimalist menyatakan bahawa apabila kurangnya permainan, anak-anak akan terpaksa berkongsi, bekerjasama, dan bertolak ansur. Lama-kelamaan, ia akan menjadi tabiat yang baik.
Foto Kredit: mommyish.com

8. BELAJAR LEBIH SABAR

Selain belajar berkongsi dan menunggu giliran, anak-anak ini tentu akan dilatih dengan sifat sabar.
Mereka juga akan lebih bijak mengawal emosi dan tidak menjadi terlalu manja apabila tidak mendapat apa yang mereka inginkan. 
anak terlalu manja

9. BANYAK LUANGKAN MASA DI LUAR

Menurut sebuah penelitian yang dilaporkan melalui TIME Magazine, banduan dalam penjara didapati meluangkan lebih banyak di luar berbanding anak-anak zaman sekarang. Mengejutkan! (dan menakutkan)
Namun, jika difikirkan semula ia bukanlah sesuatu yang luarbiasa kerana anak-anak kecil kini telah diberi pelbagai teknologi dan permainan yang mudah untuk dimainkan tanpa perlu keluar rumah.
Kurangnya masa yang diluangkan di luar rumah boleh mendorong mereka untuk menjadi kurang aktif, lewat perkembangan, dan tidak tahu menghargai alam sekitar. Hal ini tentu akan memberi impak yang besar apabila anak-anak meningkat dewasa.
Biarkan mereka 'explore' dunia luar
Biarkan mereka ‘explore’ dunia luar

sebab-sebab di atas adalah paling munasabah

Terima kasih  atas perkongsian yang berguna ini. Aku juga merasakan bahawa senarai-senarai asbab di atas adalah yang paling munasabah dan paling bernas kerana :- 
  1. Kebanyakannya adalah berdasarkan kajian. Boleh rujuk sumber di link yang diberikan kalau tidak percaya.
  2. Semua asbab di atas adalah berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri yang pernah merasai hidup zaman kanak-kanak yang kurang peluang untuk mendapatkan mainan seperti kanak-kanak yang lain. Aku rasa ada juga dikalangan kita yang pernah mengalami pengalaman yang sama kan? Dan masih kreatif dan bijak sampai ke sekarang kan? 

TAK SALAH BELI MAINAN ANAK

Memang fitrah anak-anak suka bermain, tetapi bermain itu sendiri tak semestinya melalui permainan yang baru, mahal dan pelbagai setiap masa.
Jadi, tak perlulah rasa bersalah sangat jika anda mengehadkan permainan untuk mereka.  Sebaliknya, lebihkan masa bersama mereka.

Aku pun akui, aku banyak beli mainan untuk anak aku. Sebab ada di dalam hati kecil aku tak nak anak aku kempunan seperti mana aku kempunan sewaktu zaman kecil aku dulu. 
Apa-apa pun, aku nak tekankan yang sebenarnya lagi banyak manfaat kalau kurang permainan di rumah, bukan?
Kenapa tak perlu beli mainan yang banyak untuk anak-anak Kenapa tak perlu beli mainan yang banyak untuk anak-anak Reviewed by weblepak on 06:52 Rating: 5

No comments