Cara untuk import group contact ke dalam GMail dan Yesmail

Di sini saya kongsikan bagaimana cara untuk add contact dalam kuantiti yang banyak. Dengan cara begini, contact tersebut lebih mudah untuk di kategorikan dan senang untuk di hubungi tanpa perlu meminta lagi e-mail setiap kali diperlukan.

Pertama sekali, pergi  ke Google Mail anda dan klik button contact.


Disini terdapat alamat email rakan-rakan anda yang pernah anda hubungi secara langsung atau tidak. Seterusnya pergi ke button More>Import...



Pilih file .csv yang ingin di import. Pastikan file tersebut dalam format .csv jika tidak, anda tidak akan dapat mengimportnya.



Setelah pilih file, tekan button Import. Proses upload mungkin  mengambil masa. Anda hendaklah tunggu beberapa minit(bergantung kepada kelajuan internet dan jumlah data yang ingin di upload). Setelah berjaya diupload, data tersebut akan masuk ke dalam contact dalam kategory yang telah ditetapkan dan Imported "tarikh import".


Klik Tick pada semua contact dan merge kan contact tersebut. Ini mengelakkan daripada anda mempunyai contact yang sama berulang kali.


Setelah selesai, delete atau rename group yang tak di ingini.


Itu sahaja, harap ianya  membantu.
Cara untuk import group contact ke dalam GMail dan Yesmail Cara untuk import group contact ke dalam GMail dan Yesmail Reviewed by weblepak on 06:32 Rating: 5

No comments